Book Us Join Us
CCIG NEWS

Pembangunan Program dan Modul Serta Recognition Prior Skills Acquired (RPSA), OUM SRI RAMPAI

2018-08-06 06:29:36

1 Ogos 2018, Rabu – Satu program pembangunan modul dan taklimat berkenaan Recognition Prior Skills Acquired (RPSA) telah diadakan di OUM, Sri Rampai Learning Center. Program tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah IPD-OUM, Prof. Madya Dr. Richard Ng dan diteruskan dengan Ucapan alu-aluan dari Pengerusi CCIG, Dato’ Jurey Latiff Rosli.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk membangunkan modul setiap kluster dalam industri kreatif bagi setiap tahap. Antara modul – modul yang dibangunkan adalah Pengarah Filem dan TV, Pengurusan Produksi, Penulisan Skrin, Pelakon, Sinematografi , Fotografi, Animasi Digital dan Solekan Filem dan TV.