Book Us Join Us
CCIG NEWS

Mesyuarat Bersama Jabatan Pendidikan Politeknik

2018-08-16 06:10:19

15 Ogos – Satu mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Politeknik telah diadakan di Pejabat CCIG, Hulu Kelang. Mesyuarat tersebut telah bermula pada pukul 10.00 dan berakhir pada 12.00 tengah hari.
Antara yang hadir ialah Dato’ Jurey Latiff(Pengerusi CCIG) dan Puan Noorfadhilah Mohd Idris (Pen Pengurus CCIG). Manakala dari Jabatan Pendidikan Politeknik ialah Puan Hasanah Md Amin (Ketua Penolong Pengarah Bahagiab Kurikulum), Encik Ismail Yusof(Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kokurikulum), Cik Normatul Shafinaz Omar(Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kokurikulum dan Puan Nadhzifatul Khuzaimah Mohd Dahlan (Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kokurikulum)

Mesyuarat tersebut bagi membincangkan lebih lanjut inisiatif kerjasama antara CCIG dan JPP dalam industri multimedia kreatif dalam membantu menyelaraskan pembangunan modul Filem & Video supaya pelajar yang lahir dari politeknik mampu untuk bekerja dan memenuhi kehendak industri . Selain itu, mesyuarat juga bagi membincangkan mengenai perancangan mengadakan festival filem pendek anjuran JPP.