Book Us Join Us
CCIG NEWS

Career Talk yang dianjurkan oleh ALUMTEK KL

2018-09-05 04:29:48

1 Sept 2018, Sabtu – Satu Program Career Talk telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik, Kuala Lumpur (ALUMTEK KL). Pihak Alumtek KL telah menjemput Pegerusi CCIG iaitu Dato’ Jurey Latiff Rosli bagi Menjayakan program tersebut. Program bermula pada jam 9.00 pagi.

Matlamat utama program ini adalah memberi pendedahan tentang kerjaya yang bakal dipilih oleh pelajar SMTKL serta perkongsian pengalaman dari bekas-bekas pelajar SMTKL. Seramai 600 pelajar yang terlibat untuk menyertai program ini.