Book Us Join Us
CCIG NEWS

Majlis Konvokesyen OUM yang ke-22 bagi Penganugerahan Doktor Kehormat kepada Datuk Dr. Yusof Haslam

2018-09-22 15:13:59
22 Sept 2018 – Majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) yang ke-22 telah diadakan di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre (PWTC). Majlis antaranya menyaksikan penganugerhan Ijazah Doktor Kehormat Seni (Filem) kepada Datuk Dr. Yusof Haslam yang di sampaikan oleh Pro Canselor OUM Ybhg. Tan Sri Azman hashim. Dikesempatan itu juga, Datuk Dr. Yusof Haslam memberi ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong kerjaya seni beliau terutamanya CCIG diatas penganugerah beliau.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi CCIG iaitu Dato’ Jurey Latiff Rosli serta Timbalan Pengerusi 2 CCIG iaitu Dato’  Ahmad Tamimi Siregar dan Othman Hafsham sebagai tetamu undangan VIP di majlis tersebut dan tamat pada jam 12.30 tengah hari bagi sesi yang pertama.