Newspaper Clippings

Search Newspaper Clippings

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) CCIG bersama UNIMAS

Kota Samarahan, 28 Ogos 2017: Creative Content Industry Guild (CCIG) Malaysia telah menyempurnakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UNIMAS bertempat di Rumah Universiti, UNIMAS pagi tadi. Majlis menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang mewakili Naib Canselor UNIMAS, bersama-sama dengan Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Profesor Madya Dr Wan Jamarul Wan Abdullah Thani. Manakala di pihak CCIG pula diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Jurey Latiff dan Ahli Majlis CCIG Malaysia, Dato’ Azmir Mutalib. Dalam ucapan Naib Canselor yang dibacakan oleh Profesor Kopli memberitahu kerjasama dua hala bersama dapat membentuk ...
Read More

SERLAH ASPIRASI SENI KREATIF

Kempen Transformasi Nasional 50 (TN50) disemarakkan lagi dengan pengajuran Pertandingan Reka Cipta Kandungan Kreatif Digital (DC3) 2017 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM94,000 kepada pelajar sekolah dan universiti. Julung kali dianjurkan oleh Universiti Multimedia (MMU) dengan kerjasama Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG), ia diadakan dengan matlamat melahirkan generasi muda berwawasan dalam membantu pembangunan negara menjelang 2050. Menurut Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, pertandingan berkenaan membuka peluang kepada generasi pelapis dalam menyalurkan aspirasi masing-masing melalui pembangunan seni kreatif. “Kerjasama strategic bersama CCIG dalam pengajuran pertandingan seperti ini adalah tepat pada masanya bagi memupuk lebih ramai bakat ...
Read More

JASA SENIMAN DIHARGAI

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak serba boleh pada era tahun 1960-an, Mat Sentol mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai seniman pertama di negara ini menerima anugerah Bintang Legenda. Lebih membanggakan, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, 91, turut dianuge­rahkan Pingat Ahli Kehormat Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIGM). Pengerusi CCIGM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, anugerah yang diberikan itu bertujuan mengangkat dan mengiktiraf sumbangan karya seni seniman legenda ketika mereka masih hidup. “Sebelum ini, industri perfileman sering memberikan anugerah kepada seniman yang telah tiada dan inisiatif ini diharap dapat mengubah mentaliti ber­kenaan dengan menghargai me­reka ketika masih ...
Read More

Politeknik Metro persiapkan pelajar ke peringkat lebih tinggi

28 March 2017, Selasa - Dato' Jurey Latiff Rosli ( Pengerusi CCIG ) telah dijemput sebagai penyempurna majlis bagi Majlis Konvokesyen Politeknik METro Tasek Gelugor(PMTG), Pulau Pinang pada 27 March 2017. Segala ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang me­nuntut di Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG) menjadi bekalan buat Hasif Mohd. Hafiz melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Bagi anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu, PMTG ba­nyak mengajarnya tentang ilmu ke­pemimpinan, pengurusan dan pentadbiran semasa mengikuti jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan). Malah, kepercayaan yang diberi kepadanya untuk me­mimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PMTG pada sesi 2014/2015 serta menjadi Ahli ...
Read More

HARIAN METRO : ELAK JADI BAHAN KETAWA

20 FEBRUARI 2017, Isnin - Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) dan Persatuan Seniman Malaysia anjur program Dialog Perubatan Di Dalam Filem Dan Drama 2017. Babak pesakit yang menerima rawatan di hospital dalam beberapa drama sebelum ini pernah dipertikaikan masyarakat kerana dikatakan tidak mengikut prosedur sebenar. Malah lebih menjengkelkan, ada di antara alat bantuan rawatan diletakkan sewenang-wenangnya tanpa mengikut spesifikasi sehingga menjadi bahan ketawa penonton. Tidak mahu perkara itu berlarutan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan kerjasama Creative Content Industry Guild (CCIG) dan Sukarelawan Perubatan Malaysia (SPM) mengambil inisiatif menganjurkan program Dialog Perubatan Di Dalam Filem Dan Drama 2017 yang berlangsung ...
Read More

 
 
CCIG