PERLANTIKAN PENGERUSI CCIG SEBAGAI AHLI PANEL PENASIHAT INDUSTRI FAKULTI PENGAJIAN BAHASA DAN PENGAJIAN KOMUNIKASI, UNIMAS

27 Julai 2017 – Pengerusi CCIG, Dato’ Jurey Latiff Rosli telah dilantik sebagai ahli panel penasihat perindustrian di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi di Universiti Malaysia Sarawak. Perlantikan tersebut berkuatkuasa pada 1 Julai 2017 sehingga 30 Jun 2018.

Sepanjang tempoh perlantikan tersebut, CCIG berharap dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang industri kreatif serta akan membantu universiti untuk meningkatkan kualiti kurikulum dan mewujudkan kerjasama di antara industri kreatif- akademik.