Book Us Join Us
CCIG NEWS

Majlis Pelancaran Laman Portal Malaysia Creative Industry Exhange (MCIX)

2018-12-20 01:26:29

18 Dec 2018 – Hulu Kelang,  – YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah melancarkan laman portal Malaysia Creative Industry Exhange (MCIX) di Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka FINAS.

 

Portal MCIX merupakan inisiatif kerajaan melalui kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Dato’ Samsuni Mohd Nor, Pengerusi FINAS, YBrs. Tuan Shakib Ahmad Shakir, Pemangku Ketua Pengarah FINAS, ahli-ahli perbadanan FINAS serta Presiden Persatuan dan Pengerusi CCIG, Dato’ Jurey Latiff Rosli beserta AMK CCIG.

Dalam ucapan beliau, En Shakib menyifatkan portal MCIX adalah cara untuk meningkatkan ekonomi kreatif melalui pemasaran kandungan, modal insan dan komponen infotainment.

Dalam pelancaran   laman portal Malaysia Creative Industry Exhange (MCIX)  ini Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) juga terlibat sebagai perintis data yang pertama kepada  portal Malaysia Creative Industry Exhange (MCIX) dengan memberi sebanyak 200 orang  ahli yang berdaftar di Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG). Hal ini penting untuk membantu mengembangkan pertumbuhan domestik industri filem malaysia dan seterusnya memupuk, meningkatkan dan memudahkan pembangunan industri filem malaysia.